Posts Tagged Sunnah

Kisah Rahsia Di Sebalik Solat Lima Waktu

Assalamualaikum.

Kita mungkin tidak menyedari bahawa solat itu mempunyai rahsianya,

Ali bin Abi Talib r.a berkata :
‘Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : ‘ Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: ‘Silakan bertanya.’

Berkata orang Yahudi: ‘Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’

Sabda Rasullullah S.A.W.:
‘Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya’ itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: ‘Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan. ‘

Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Sembahyang Isya’ (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya’ berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.’

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: ‘Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?’.

Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.’

Kata orang Yahudi: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’

Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringi baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.’

Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.’

Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).’

Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Allaa illaaha illallah, wa ashhadu annaa Muhammadar Rasuulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan yang kami sembah melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah).’

‘Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar.’

(Al-Baqarah : 155)

Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Add comment July 17, 2008

Amalan Membuang Air Kecil

Assalamualaikum,

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai
panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai
orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya
dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan,
tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain
kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah
tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi
untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya ” Apakah
salahku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang
diperintahkan. “

Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia
merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya
apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem
dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas
itu
urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi
air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air
sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan
bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan
dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-
mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian
dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Semoga tips ini dapat kita praktikkan.

Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Add comment July 17, 2008

Sinar Ayat Kursi

Assalamualaikum,

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal

> seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
> Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
> suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
> keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
> luar rumah.
> Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
> rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
> salam daripada isterinya.
> Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
> dengan salam itu.
>
>
> Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
>
>
> 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
> apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
> mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
> hingga subuh.
>
>
> 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
> akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
> dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
> yang lain.
>
>
> 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
> akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
> daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
> siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
> SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
> rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
>
>
> 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
> akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
> menganugerahkan dia setiap hati orang
> yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
> benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
> padanya rahmat.
>
>
> 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
> sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
> mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka
> semua memohon keampunan dan mendoakan
> baginya.
>
>
> 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
> akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
> pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
> orang yang berperang bersama Nabi Allah
> sehingga mati syahid.
>
>
> 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
> ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
> berkenan memberi pertolongan kepadanya.
>
>
> Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
> bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun
> satu ayat…”

Add comment July 16, 2008

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

ASSALAMUALAIKUM,

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 – 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG
DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI
ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA
YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismillahirrahmannirrahim”

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama
(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
“Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah
di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”. Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua”llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas
setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW ‘Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat’. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Add comment July 12, 2008

Lebih Panjang

Suatu hari Rasulullah s.a.w. menghantar jenazah seorang sahabat sampai ke kubur. Apabila Baginda kembali, beliau singgah sebentar untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap sabar dan tawakkal menerima musibah itu.

Kemudian, Rasulullah s.a.w. berkata, “Tidakkah Allahyarham mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?”

Si balu menjawab, “Aku mendengar dia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal.”

“Apa yang dikatanya?”

“Aku tak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, atau pekikan pedih kerana dahsyatnya Sakaratul Maut. Cuma, ucapannya memang payah difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong.”

“Bagaimana bunyinya?” desak Rasulullah s.a.w..

“Dia mengatakan andai kata lebih panjang lagi, andai kata masih baru, andai kata semuanya…, hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya.

Rasulullah s.a.w. tersenyum.

“Sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru. Suatu dia sedang bergegas untuk ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang buta dengan tujuan yang sama. Maka, suamimu memimpinnya hingga sampai ke masjid. Tatkala, hendak menghembuskan nafas penghabisan, dia menyaksikan pahala amal solehnya itu, lalu dia pun berkata, “Andainya lebih panjang lagi.” Maksudnya, andai lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula.”

“Ucapan lainnya Ya Rasulullah?” Tanya si isteri mulai tertarik.

Rasulullah s.a.w. menjawab, “Adapun ucapan yang kedua dikatakannya,ketika dia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu dia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan dia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka, dia mengambil mantelnya yang lama, diberikan kepada lelaki itu. Dan mengambil mantelnya yang baru lalu dikenakan pada badannya sendiri. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga dia pun menyesal dan berkata, “

Cuba andaikan yang kuberikan padanya bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi.” Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.

“Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?” Tanya si isteri semakin hendak tahu.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan, “Ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membahagikan rotimu menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, dia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Kerananya, dia pun menyesal dan berkata, ” Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak aku berikan separuh. Sebab andai kata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda.”

Maksud Ayat 110 Surah al-Baqarah;

” Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Moral: “Hakikatnya, memang itulah keadilan Alllah. Kalau kita berbuat baik, sebetulnya kita berbuat baik kepada diri kita sendiri. Dan kalau kita berbuat jahat, sebetulnya kita telah berbuat jahat kepada atas diri kita sendiri pula.”

Add comment July 12, 2008


Kalender

November 2009
M T W T F S S
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Kategori

Post Terkini

Link

RSS Feed Me

Spam Blocked

Blog Stats

SocialVibe


Tweet me