Posts Tagged Santai
Ciuman
Assalamualaikum,
Saya telah membaca satu akhbar tempatan berkenaan ciuman,
Lalu saya terjumpa satu kisah lucu..
Semoga anda terhibur…
LISA: Berapa harga semeter kain ni?
PENJUAL: Harga 1meter cuma 1ciuman
LISA: Baiklah..bagi saya 10meter..
PENJUAL: (gembira)…ni dah siap sepuluh meter kain..bayarannya???
LISA: Jap,nenek saya akan bayarkan..(sambil menunjuk ke arah neneknya)
Add comment July 16, 2008
3 Jenis Manusia
Assalamualaikum
Apakah komen anda?
Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya? mereka menjawab?.
Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu? solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah?
Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa? malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??
Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku?
Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??
Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..
Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala ? stakat salam tu takpe lah
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la.
Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg
anda buat??
X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak usaha dlm berdakwah.
Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
Z : Delete terus!!
Add comment July 14, 2008
Nama Pilihan yang Best
Assalamualaikum
heheheh…ni nama pilihan ni org jawa sendiri yang kasik kat aku…aku sendiri pOn keturunan jawa..baca2 punya baca mcm make ada sense jgak… hehehe..mcm manapOn sekadar menghiburkan hati…
::: Nama pilihan (JAWA) :::
Berikut diturunkan beberapa nama nama pilihan orang Jawa:
1. Harap©÷ besar esok akan pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman.
2. pandai membaiki kereta, namakan Karman
3. average dalam golf, Parman
4. pandai dlm penulisan, Suratman
5. gagah perkasa, Suparman
6. boleh mendengar sambil berjalan, Wakiman
7. selalu bertanya, Azman (loghat jawa bunyi Asman)
8. pandai buat kuih, Paiman
9. pakar jualan, Salman
10. pakar pasal alam sekitar, JASman
11. pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman
12. doktor gigi, Sugiman
13. supaya cepat naik pangkat, Yasman
14. Bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
15. yang ada darah Bengali, Manbai
16. pandai organise skim cepat kaya, Pakman (Te’ Lo)
ada lagii…
17. Buat kerja ala kadar -KADARISMAN
18. Suka bagi orang susah-SUKARMAN
19. Suka mengada-ngada -NGADIMAN
20. Dua alam -HERMAN
21. Paling Haprak – KOMAN
22. Kalau yang kuat berlawan – Ultraman
23. suka makan makanan Jepun – Sukiman
Add comment July 14, 2008
15 TIPS PENGURUSAN STRESS
Assalamualaikum,
Ni ade sikit tips nk tenangkan stress.
Selamat mencuba….
SOKONGAN
§ Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.
SOLAT
§ Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.
DOA
§ Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.
MENTAL EXERCISE
§ Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.
UBAH SUSUN ATUR RUMAH
§ Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.
PENGURUSAN MASA
§ Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.
PANDANGAN TERHADAP STRESS
§ Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.
TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
§ Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.
BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
§ Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.
KRITIKAN NEGATIF
§ Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.
LAKUKAN PERUBAHAN
§ Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.
JAGA HUBUNGAN BAIK
§ Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.
KETAWA
§ Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.
BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
§ Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.
MENYEMAI SIFAT EHSAN
§ Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.
Add comment July 12, 2008