Posts Tagged Quran

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

Assalamualaikum,

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya
setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya
dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang
lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun
hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan
dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu
jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @
5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti
yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak
fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam
berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga
kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ?
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang
berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas
lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) ? Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa
perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi
berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang
terdedah aurat) ? Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ?
Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit
tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im)
tiga kali ? Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya
beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi
memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) ? bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) ? Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100
kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya ? Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima
hadiah & amat menghargainya ? Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda
penghormatan) – Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda
syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika
salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap
selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu
adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik
dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
dengan usaha yang berterusan.

Renung-renungkan dan selamat beramal ;)

Add comment July 17, 2008

Adab Berpakaian menurut Islam

Assalamualaikum..

Adab adalah satu perkara yang amat dititkberatkan oleh Islam. Disini, saya ade serba sedikit

cara atau tatasusila beradab.

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.” ・(Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” ・(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya. ” (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

12. Berdoa
KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
“Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

・Sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

2 comments July 16, 2008


Kalender

November 2009
M T W T F S S
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Kategori

Post Terkini

Link

RSS Feed Me

Spam Blocked

Blog Stats

SocialVibe


Tweet me